Monday, 26 October 2015

LAWATAN AKHBAR HARIAN METRO DI KOLEJ KOMUNITI JERANTUT














PROSES PEMBUATAN KEROPOK IKAN PATIN

Pada 21/9/2015, Unit Latihan Staf mengadakan kursus penghasilan keropok segera ikan patin di Makmal 
Bakeri Kolej Komuniti Jerantut. 
Bengkel ini diadakan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada semua staf tentang produk inovasi untuk tujuan promosi. 
Produk inovasi ini iaitu keropok segera ikan patin merupakan satu kebanggaan kepada Kolej Komuniti Jerantut.
‪#‎ikanpatin‬
‪#‎keropoksegeraikanpatin‬
‪#‎kolejkomunitijerantut‬


LANGKAH PERTAMA

Pilih ikan patin dan asingkan kepala


LANGKAH 2

Asing isi ikan patin dan tulang



LANGKAH 3

Adun isi ikan Patin


LANGKAH 4

Uli adun 



LANGKAH 5

Rebus adunan



LANGKAH 6

Hiris nipis keropok yang telah direbus



LANGKAH 7

Goreng keropok yang telah dihiris sehingga rangup



LANGKAH 8

Sejukkan dan sedia untuk dibungkus







KERATAN AKHBAR BERKENAAN KEROPOK IKAN PATIN



KEROPOK IKAN PATIN



1.0           Pengenalan
Industri pembuatan Keropok segera merupakan bidang yang semakin berkembang di Malaysia dan semakin menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan makanan  ringan yang ringkas .  Industri pembuatan keropok segera terutamanya dalam industri keusahawanan kecil (IKS) sedang giat berkembang terutamanya di negeri-negeri pantai timur. Dengan mengambil pendekatan terhadap pembuatan makanan ringan yang ringkas berasaskan ikan air tawar, Kolej Komuniti Jerantut Pahang di bawah program keusahawanan telah mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan dengan mengeluarkan produk keropok segera berasaskan ikan patin.
Produk berasaskan ikan patin dipilih kerana ia merupakan ikan yang popular dan mempunyai permintaan yang tinggi terutamanya di daerah Jerantut dan Temerloh. Fenomena ini kian menular ke negeri-negeri yang lain. Kebanyakan keropok segera yang telah berada di pasaran diperbuat daripada ikan laut (ikan air masin) sebagai ramuan utama berbeza. Program penghasilan ini terdiri daripada 4 orang pelajar Kolej Komuniti Jerantut berkongsi pendapat dengan mewujudkan keropok segera berasaskan ikan air tawar.

Selain daripada itu, hasrat untuk menyediakan produk berasaskan ikan air tawar tercetus untuk memberi kelainan kepada pelanggan dan mewujudkan variasi produk yang berbeza berasaskan ikan patin yang merupakan lambang ikan air tawar yang terkenal di daerah Jerantut dan Temerloh.

Berbekalkan dengan modal permulaan sebanyak RM 3,000 ( Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Ringgit Sahaja ) yang telah diberikan akan digunakan sebaik mungkin wang ini terutamanya untuk pertandingan Cabaran Keusahawanan Kolej Komuniti CCEC 2015 peringkat kebangsaan. Berkat usaha dan didikan yang sangat sempurna daripada Encik Mohd Ridhwan bin Che Amat dan Puan Ainin Faizah Binti Alias yang tidak jemu-jemu menyuntik semangat kami untuk meneruskan perjuangan dalam CCEC 2015 ini.


1.1 VISI

·         Mengoptimumkan dan meningkatkan penggunaan ikan air tawar sebagai sumber kebolehpasaran produk sejurus menambah nilai ikan air tawar kepada produk yang bernilai tinggi di peringkat umum.


1.2 MISI

·         Menawarkan kepelbagaian dan variasi produk berasaskan ikan air tawar kepada pelanggan
·         Membuat penjenamaan ikan air tawar menerusi produk hiliran





2.0 Strategi Pemasaran

2.1       Produk / Perkhidmatan

Kami menawarkan 2 jenis bentuk produk iaitu :-

i)                    kering/sedia dimakan
ii)                  mentah/sejukbeku

2.2       Harga


BIL

PRODUK

KUANTITI
HARGA
 ( RM )

1

Keropok segera ikan patin (sedia dimakan)

70 g

3.00
2
Keropok segera ikan patin (mentah & frozen)
70 g
3.00

2.3       Promosi

Produk keropok ikan patin dipromosikan melalui kaedah    berikut:-

a)      Penduduk-penduduk yang bermastautin di sekitar kawasan Kolej Komuniti Jerantut dan kawasan perumahan berhampiran.
b)      Kumpulan-kumpulan pelajar dari sekolah rendah dan menengah serta institut pengajian tinggi berhampiran.
c)      Kumpulan pekerja-pekerja dari sektor awam dan swasta disekitarnya.
d)     Rakan-rakan Kolej Komuniti yang hadir untuk bertanding dan mendengar seminar.
e)      Pelajar-pelajar Kolej Komuniti Jerantut (sasaran utama)
f)       Pengunjung-pengunjung dan peserta pameran.
g)      Laman social seperti Facebook, We Chat, Telegram Whats’ap


2.4       Tempat

        a) E-Tech Centre (tempat tetap)
        b) Kedai-kedai makan dan runcit di sekitar bandar Jerantut
        c) Pasar malam
                    d) Pekan sehari  

3.0 PENCAPAIAN
3.1 Pertandingan Ministry Entrepreneurial Award (MEA) 2015.
Keropok Ikan Patin Kolej Komuniti Jerantut berjaya mesasuki pertandingan MEA 2015 baru-baru ini bagi Category Best Project Enterpreneurship. Keropok ikan patin menjadi pilihan sebagai inovasi produk kerana sebelum ini kebanyakkan keropok berasaskan ikan air masin tetapi keropok ikan patin ini berasaskan ikan air tawar iaitu ikan patin.

Penutup

Berdasarkan kepada perancangan yang telah dinyatakan, kami amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberi pulangan yang lumayan.  Perancangan yang bersistematik telah dirangka bagi membolehkan perniagaan ini berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat mencapai sasaran keuntungan yang dirancang. Oleh itu, kami amat optimis dengan perniagaan ini dan yakin ianya produk yang berdaya saing, berdaya maju dan mampu berkembang di masa hadapan.






LAMPIRAN











Monday, 5 October 2015

ASAL USUL IKAN PATIN

Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.
Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang. Ikan Patin di Pahang terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana mempunyai persekitaran yang sesuai sebagai habitat ikan ini. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai masam tempoyak. Ikan patin sungai mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ada yang diternak di kolam-kolam (patin kolam) dan di sangkar-sangkar (patin sangkar). Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:
  1. Patin Buah
  2. Patin Muncung
  3. Patin Juara